kenapa mahu lawan,
kita kan kawan,
dulu sama-sama kongsi teh secawan,
kawan-kawan,
kawan-kawan,
kenapa mahu lawan,
orang lain maju kedepan,
orang kita cari jalan,
jatuhkan kawan,
kawan-kawan,
kawan-kawan,
kenapa mahu lawan,
kan ke cukup rezeki Tuhan,
buat kita ramai-ramai makan,
kawan- kawan,
kawan- kawan,
bukan nak cari lawan,
sekadar nak ingatkan teman,
hati-hati gunting dalam lipatan
kawan-kawan,
kawan-kawan,
kita sama-sama cari makan,
bila fikir masa depan,
jangan tabur pasir dalam periuk kawan,
kawan-kawan,
kawan-kawan,
cuba kaji orang tua pesan,
kawan jadi lawan
lawan jadi kawan...
No comments:
Post a Comment