Friday, January 30, 2009

Back to Nature...




yehhaaaaaaaa!!!!!!!!
lets go to nature...


Thursday, January 15, 2009

Terengganu Chapter 2...

Alhamdulillah.. itulah 1st ayat yang keluar bila aku sampai di terminal KT, pukul 5 pg.
perjalanan yang sangat3 bosan dan penat. Sebenarnya, sepanjang perjalanan aku x dapat lelap...
sebab2nya...
a) bas aku naek tu 2 tingkat, so bila duk dekat ataih, goyang semcam je... (orang lain aku x tau la)
b) Teringat seseorang dekat rumah... sapa lagi kalau bukan buah hati aku...
c) x suka naik bas malam, tapi teringin nak bas 2 tigkat...
my fren, amek aku kat terminal KT dan balik umah ke dia... dan la tidoq sat...
Pukul 8.30 pg - aku dan my fren dah tercegat dekat IKBN Wakaf Tapai, Tganu... nak setelkan masalah yang timboi..
pukul 10.00pg - Sesi perundingan dan perbincangan dgn 3 pihak (GSB, IKBN, Kontraktor) selesai- masalah setel.
pukul 10.30pg - Aku dan my fren bergegas ke LKIM cendering untuk lihat lokasi stesyen Geodasi JUPEM.
Subhanallahhhh... tempat tu... walaupun dia tempat pendaratan ikan dan pelabuhan kapal2 nelayan, aku rasa tenang dan damai sekali... dan buat sekian kalinya, aku teringat seseorang dekat rumah... alangkah bestnya kalau dia ada sama dan aku berjanji akan datang lagi dekat sini dengan orang tersayang...
Actuli aku ke stesyen Geodasi tu nak pantau dan testing sistem VSAT (satelit) yang nak dipasang dekat situ, tapi ada banyak malasah yang timbul. antaranya:
a) Kabin stesen geodasi tu x mampu menampung bebanan Satelit yang besar bagak tu.
b) Tak dak tempat yang sesuai nak letak satelit yang besar bagak tu.
c) banyak lagi la acara masalah yang timbul... kang panjang pulak aku nk x plain...penat x habih lagi..
kesimpulannya, testing x dapat buat dan aku ke terengganu ni, lebih kepada makan angin... sambil ++ kan pendapatan... hahah...Pukul 9.30mlm, my fren hantar aku balik ke terminal KT... ingat nak naik flite, tapi apakan daya, x sempat beli... dah tu, flite ke LCCT@ subang ada 1 penerbangan je...
hampeh... dan aku kena la naik bas jugak... alkisahnya, aku samapai ke kampung halaman pukul 6.00pg... dan hari ni 14 Jan 09, adalah traveling day.. aku x p keja...jadi aku lepak rumah sambil tidoq... tu je cite aku...


Monday, January 12, 2009

Terengganu Chapter 1

Masuk ni dah berapa kali aku p terengganu... aku pun x tau.. rasanya dah puluh kali...
tapi yang bestnye, satu gabaq pun aku x amek... hmmm,
pas tu dalam bulan 1 ni, ini adalah kali ke dua aku p terengganu... dan myb kana ke KT balik ujung bulan ni... dan buat 1st time gak, malam ni , aku naek bas sowang2 ke KT... menurut kata pemerhati, perjalan akan mengambil masa +- 8 jam! sure bosan... sebab apa aku pilih bas...? hari khamis lepas 8hb aku dah naik ikot atas... jadi hari ni aku ikot darat lak... x pe, bas pun bas lah. tapi actuli aku x suke naek bas... warghhhh! bosan doe!!
by d way... ni la rope bas yang aku nak naek tu... nampak je best... tapiiiiiiiiii.........

kawan - kawan...

kawan-kawan,
kenapa mahu lawan,
kita kan kawan,
dulu sama-sama kongsi teh secawan,
kawan-kawan,
kenapa mahu lawan,
orang lain maju kedepan,
orang kita cari jalan,
jatuhkan kawan,
kawan-kawan,
kenapa mahu lawan,
kan ke cukup rezeki Tuhan,
buat kita ramai-ramai makan,
kawan- kawan,
bukan nak cari lawan,
sekadar nak ingatkan teman,
hati-hati gunting dalam lipatan
kawan-kawan,
kita sama-sama cari makan,
bila fikir masa depan,
jangan tabur pasir dalam periuk kawan,
kawan-kawan,
cuba kaji orang tua pesan,
kawan jadi lawan
lawan jadi kawan...

Dulu orang kata


dulu orang kata,
yang elok itu kendi,
yang merah itu saga,
yang elok itu budi,
yang indah itu bahasa,
tapi tu dulu, bukan sekarang...

dulu orang kata,
orang berbudi kita berbahasa,
orang memberi kita merasa,
tapi tu, bukan sekarang...

dulu orang kata,
kalau tak dipecahkan ruyung,
mana nak dapatkan sagunya,
tapi tu dulu, bukan sekarang...

dulu orang kata,
barakit-rakit ke hulu,
berenang-renang ke tepain,bersakit-sakit dahulu bersenag-senag kemudian,
tapi itu dulu, bukan sekarang...

dulu orang kata,
alang-alang menyelup perkasam,
biar sampai ke pangkal lengan,t
api itu dulu, bukan sekarang...

sekarang baru aku faham...
letak belakang kata orang,
tak kira orang dulu orang sekarang,
ramai yang melukut di tepi gantang...

Friday, January 9, 2009

Aku dan Sesuatu...




Bertapa sedang bermimpi,
pada sebuah penghidupan...
terpesong pula pada sebuah pertanyaan...
tersedarkah nanti aku pada sebuah perjanjian
"LIMA WAKTU" yang sengaja dibiarkan
pantas berlalu..
diwaktu nazak, sama-sama datang untuk beradu...?
Hm... nampaknye dah lama sangat aku tinggalkan blog aku nie...

Thursday, December 18, 2008

Seorang Ibu...

Orang kata aku lahir dari perut ibu.. Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu Bila lapar, yang suapkan aku..ibu Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Ma! Bila bangun tidur, aku cari.. ibu Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu Bila nak bermanja.. aku dekati ibu Bila nak bergesel... aku duduk sebelah ibu Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu Bila nakal, yang memarahi aku ..ibu Bila merajuk... yang memujukku cuma..ibu Bila melakukan kesalahan... yang paling cepat marah..ibu Bila takut... yang tenangkan aku.. ibu Bila nak peluk... yang aku suka peluk..ibu Aku selalu teringatkan ..Ibu Bila sedih, aku mesti talipon... Ibu Bila seronok... orang pertama aku nak beritahu...Ibu Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu Bila takut, aku selalu panggil.. "ibuuuuuuuuuuuuu!" Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu Bila nak exam, orang paling sibuk juga Ibu Bila merajuk, yang datang pujuk aku juga.. Ibu Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu Yang selalu masak makanan kegemaranku.. Ibu Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu Yang selalu berleter kat aku.. Ibu Yang selalu puji aku.. Ibu Yang selalu nasihat aku.. Ibu Bila nak kahwin.. Orang pertama aku tunjuk dan rujuk... Ibu Aku ada pasangan hidup sendiri Bila seronok... aku cari pasanganku Bila sedih... aku cari Ibu Bila berjaya... aku ceritakan pada pasanganku Bila gagal... aku ceritakan pada Ibu Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku Bila berduka, aku peluk erat Ibuku Bila nak bercuti... aku bawa pasanganku Bila sibuk... aku hantar anak ke rumah Ibu Bila sambut valentine.. Aku hadiahi bunga pada pasanganku Bila sambut hari ibu... aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu Selalu ..... aku ingat pasanganku Selalu... Ibu ingat kat aku Bila..bila... aku akan talipon pasanganku Entah bila.. ...aku nak talipon Ibu Selalu ...aku belikan hadiah untuk pasanganku Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Ibuku Renungkan: "Kalau kau sudah habis belajar dan bekerja... bolehkah kau kirim wang untuk Ibu? Ibu bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah". Berderai air mata aku...