Saturday, April 11, 2009

SEKADAR PERINGATAN UNTUK SEMUA UMAT ISLAM.....

Penerangan Ustaz Zawawi dalam radio ikim.
Antara sunnah Rasulullah s.a.w. ialah bab memberi salam.
Baginda memberi salam dgn lafaz "Assalamualaikum".
dan
menjawab salam dari para sahabat dgn
salam yg penuh "Waalaikumussalam warahmatullah hi
wabarakatuh"
Ringkasnya :
Beri salam - "Assalamualaikum"
Jawab salam - "Waalaikumussalam warahmatullah hi wabarakatuh"
Apabila kita berkirim salam pada org lain,
hendaklah kita berkata
"kirim salam Assalamualaikum pada ZIZAH ye" (contoh)
Bukannya : "kirim salam kat ZIZAH ye"
Dan bukannya "kirim salam maut".
Statement ini adalah berdosa,
walaupun
sekadar gurauan!
Hati-hati dgn perkataan:
"Akum = Avde Kokhavim U Mazzalot"
Maksud singkatan " A'kum"
Janganlah kita menggantikan perkataan
"Assalamualaikum" dengan "A'kum" dalam sms atau apa sekalipun melalui
tulisan.
Jika perkataan, "Assalamualaikum" itu panjang, maka hendaklah kita ganti
dengan perkataan
"As Salam" iaitu sama makna dengan Assalamualaikum.
Sesama lah kita memberitahu kawan-kawan yang selalu sangat guna
"A'kum" dalam sms ataupun email.
Perkataan 'AKUM' adalah gelaran
untuk orang-orang Yahudi
untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud 'BINATANG' dalam
Bahasa Ibrani.
Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yang
bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'.
Oleh itu, mulai sekarang jika ada orang hantar "A'kum", kita ingatkan
dia guna "As Salam" kerana salam ialah dari perkataan Assalamualaikum.
Semoga ada manfaatnya.
Wallahualam.

Dia...Istimewa.

Salam...

Lepas ni myb aku akan ke arah selatan @ merentasi lautan untuk ke seberang sana, destinasi seterusnya... namun yang pasti, semuanya akan ditelan dan meninggalkan kenangan yang x dapat dilupakan... Dan kadang2, aku terfikir sampai bila harus aku tinggalkan kekasih aku dekat rumah sendirian begini...? macam mana kalau aku berada di tempat dia..? Tentu sedih, bosan, keseorangan... Tapi aku amat bertuah, mungkin aku rasa aku insan yang bertuah di muka bumi kerana memiliki sesorang sepertinya. Memahami keja aku. X pernah merungut walau acapkali ditingglkan. X pernah mengungkit apatah lagi membangkit. Namun, setiap kali aku berkelana, dia sentiasa berada dalam diri aku bersama. X pernah melupakan, dilupakan, ditinggalkan atau meninggalkan dia. Dia sangat ISTIMEWA bagi aku. Ingin aku bawa dia terbang bersama... jauh. hanya kami berdua. Namun yang pasti, dia adalah awek, sahabat, kawan, motivator, penceramah, penasihat, dan segala2nya bagi aku... Dan dia adalah ISTERI aku yang tercinta...hahaha...

Wednesday, April 8, 2009

Balik Utara

Salam.

Akhirnya, aku berjaya jugak menjejak kaki ke rumah peringatan PM kita yang ke 4 aka Che Det. Hehe... nama je anak jati Kedah... Ini lah 1st time aku ke situ... Dapat gak tau sikit sebanyak kisah hidup dia... Actuli aku ke situ atas tujuan kerja untuk berjumpa orang Arkib, so apa lagi... Jalan2 la... Dengan bantuan orang arkib, aku boleh xcess kesana kemari dalam kawasan tu tanpa syak wasangka dari pak gad, coz visitor x leh masuk dalam kawasan tertentu sesuka hati... hehehe... dan jugak aku diberi diskaun untuk dapatkan cendera hati dari situ... untung sikit. Malamnye aku bergegas ke sungai petani untuk jumpa mak n abah aku. Penat. Bila sampai je di jalan masuk ke kampung aku tergejut... Banjir rupanya kampung aku... huh, terpaksa la aku mencari port tanah yang tinggi utk parking kete... jauh gak dari rumah aku... dan aku terpaksa 'randuk' (bahasa org utara) ayaq bah tu. dekat jalan depan rumah aku paras lutut gak la... basah seluaq aku... tapi yang bestnye, ayaq naik x sampai 1 jam. Dan surut pun sangat cepat... Anak buah aku yang sorang ni sempat mandi manda lagi... ayaq x kotoq n boleh nampak kaki sikit2... tu yang best tu... bangun pagi, ayaq dah kering... yang tinggal sampah2 yang sangkut dekat pagaq. Pagi tu, aku sempat makan ikan perkasam mak masak... yummm... sedap. Aku keluaq rumah pukui 8pg untuk p ke Penang, tapi x jadi sbb ada tempat lain yang lagi penting. So, aku mengguna kan kosa veto untuk mintak tolong TA Kedah/Perlis p Penang dan aku akan ke Perlis... pukui 4pm, 8hb Apr, setel sudah 2 hari kerja aku dekat kedah n perlis... yahoooo... X sabaq nak balik jumpa orang tercinta dekat rumah!!!! Opss... Lupa, ni kat bawah ada la siket2 gambaq yang sempat aku amek...


Pemandangan dari dalam pesawat kelip-kelip.


Rumah kelahiran Che Det dari depan


Tugu dekat tepi rumah Che Det.


Bah depan rumah aku... Gambaq x celar, sbb x tau seting. hehe


Mak aku dengan cucu dia... sempat amek gambaq sat.


Berenti beli pelam yang x tau spesis apa dekat tepi jalan.

Wednesday, April 1, 2009

Pengembaraan tugasan yang memampau akan bermula...

Salam

Kali ni aku akan p utara pulak. Dah lama rasanya x balik utara. Pilihanraya bukit selambau pun makin dekat, walhal aku x terlibat pun. kebetulan la, aku ada kerja dekat Penang, Kedah dan Perlis. Mujoq Perak x dak. Kalau x semua negeri utara aku kaut bersih. Apapun, sempat ja jugak rasanya nak balik jengok kampung halaman dan terutamanya ayahnda dan bonda. Ayam, itik, kambing dan ternakan yang ditinggal sekian lama... (macam ada jew ternakan). Insyaallah. Dah lama sangat aku x balik rasanya, 3@4 bulan ada tuh. Dah lama x makan masakan bonda aku... heheh.... tapi dalam banyak2 hal, ada jugak yang x syoq nya... kekasih aku terpaksa ditinggalkan lagi... nak buat cam na... nak cari rezeki...pe pon. Harap semuanya selamat... Salam.

Tuesday, March 24, 2009

HOME MAKEOVER

Salam.
Alhamdulilah, semua perancangan aku ntuk kembara tugasan bejalan lancar... jadi untuk hujung minggu ni aku plan dengan kekasih aku yang satu ni, nak buat home makeover aka pimp my house ala casa impian tu. ntah jadi ntah tak... So, ujung minggu ni aku dan kekasih aku akan habiskan masa dekat rumah sambil angan2 cam ner nak susun atur perabut kat umah. heheh berangan x sudah, tapi berangan tak salah. Insyaallah aku akan tunjukkan hasilnye... huhuh..

Monday, March 23, 2009

Kembara tugasan chapter 2....

Salam
Lagi... lagi dan lagi... kali ni dekat:
a) INTAN - Data Recovery Center
b) AUDIT - New Site (Kelantan, Pahang, Sabah)
c) KDN - New Site (nation wide)
d) JUPEM -New Site (nation wide)
Sering aku tertanya2... Bukan mengungkit tapi cuma membangkit dan bukan mengeluh tapi memang berpeluh... sampai bila...? sampai pejam mata ini..? Aku bahagia dengan kerja aku sekarang, tapi mata sekeliling macam menjuling... biasalah, rambut je hitam, hati memang kejam...
Biar aku daki gunung harapan ini...
walau pun aku tahu ranjaunya memang berduri...
Orang tua berpesan, dikala suka ramai bertanya,
dikala sedih, ramai menyisih...
tiada yang merubah jika diri tidak mengubah,
tiada yang sudi memberi jika acap kali kita meminta simpati...
hanya padamu Tuhan,
aku pohon kesempatan, tunjukkan jalan, permudahkan perhitungan...
Semoga semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang.... Insyaallah.
terima kasih kepada yang memahami
terima kasih kepada kekasih hati...

Sunday, March 22, 2009

Anak Buah...

Salam.

Ini adalah antara anak sedara aku daripada 14 orang semuanya... Datang bercuti dari Melaka kata depa. Sebenarnya ni lah antara muka anak buah aku yang selalu datang. Sebenarnya diorg ni datang bercuti mememani ibu diorg ada kursus Melaka nun. Kak aku yang no 3 ni aka ibu diorg, dapat sambung buat PHD dekat UiTM Shah Alam... tu yang mai umah aku tu. Maknaye, pas ni teratak aku jadi homestay laa... lagi pun aku tak kisah sbb umah aku bukannye ada sesapa pun.. tingal aku dengan kekasih buah hati aku je... that all